STORY 4 - I don't know that I love you

<3 Azri dan Arissa seronok ber-whatsapp. Masing-masing dengan senyuman menggula kalah pasangan bercinta. Mereka kawan, bukan pasangan bercinta, bukan jugak scandal.

“Arissa, mak Azri panggil pulak. Nanti Azri text semula, okay?”
“Okay, kirim salam kat mak Azri tau. Haha.”

Mira menguak pintu bilik hostel mereka sambil menjeling melihat kawannya Arissa sedang tersenyum sambil jari lincah di skrin telefon pintarnya.

“Ermm, whatsapp dengan Azri lah tu. Tersengih-sengih ! Orang lain pun ada scandal jugak cik kak oii.”
Arissa meletakkan telefonnya sambil melangkah ke katil Mira.

“Helo cik adik yang masam baru balik jogging. Siapa kata aku dengan Azri tu scandal? Kami kawan jela. Sama macam aku kawan dengan kau!”

Mira mencapai tuala dan bakul mandinya tetapi langkahnya ke katil tempat Arissa sedang duduk santai sambil memeluk Cik Terra, bantal bulatnya yang berbentuk ulat bulu berwarna warni.
“Azri dengan kau, pernah keluar makan sama-sama? Pernah bertegur sapa dalam kampus? Kawan-kawan dia kenal kau? Sebaliknya pulak?”

“Heyy,banyaknya soalan. Macam nak psiko aku je?” tegur Arissa sambil ketawa perlahan.

“The answer is no, right? Then tell me what kind of friendship was that? Yang korang berdua buat, whatsapp setiap hari tak kira cuti ke, class ke, exam week ke kan? Di mata orang luar macam aku ni, you guys having an affair!”

“Mira,bukan macam tu lah. Aku dengan dia kan tak sama course. Mestilah susah nak jumpa. Dan, whatsapp jela yang free dan senang nak keep in touch kan. Lagipun dia tu nampak je macho tau,tapi sebenarnya lembut dan manja. Sembang dengan dia macam sembang dengan perempuan pun ada aku rasa tau.” Terang Arissa sambil tergelak-gelak.

“Huhh. Perempuan lah sangat. Arissa, aku nak ingatkan kau je. Jangan sampai jatuh cinta kat dia sudah.”
Mira bangkit sesudah itu, melangkah keluar menuju bilik mandi.

‘Aku jatuh cinta pada Azri? Ermm, boleh ke jadi macam tu?’ Arissa bermonolog sambil dia turut mencapai tuala dan bakul mandi. Sebenar lagi azan Maghrib akan berkumandang.

Arissa, Mira dan Azri memang saling kenal antara satu sama lain. Arissa, Mira dan Azri berkenalan dalam satu kelas yang menempatkan mereka sebagai satu kumpulan bersama-sama dengan dua lagi rakan mereka. Kelas subjek option yang menempatkan pelajar-pelajar dari bermacam-macam kursus dan mereka sama-sama mengambil subjek tersebut. Sepanjang semester mereka bekerjasama dalam pembentangan case study dan menyiapkan tugasan individu bersama-sama.  Kisah persahabatan unik antara Arissa dan Azri juga bermula sejak itu. Mereka sering berhubung sehingga setelah habis semester tersebut. Setiap hari Azri akan bertanya khabar dan berbual tentang pelbagai topik dengan Arissa melalui whatsapp.

“Arissaaaaa where are u?”
“I’m here. Kenapa Azri?”
“Nothing. Saja nak Arissa reply cepat-cepat. Tu yang buat saspen sikit. Hihi.”
“Laa, ingatkan apa lah. Selama ni Arissa reply lambat ke?”
“Ermm, depends. Kalau u tengah busy dengan Mira sure lambat.”
“Haha. Of course lah. She’s the 1st. You come 2nd.”
“Oh, okaylah. Arissa makan apa dinner tadi?”
Blah..Blah..Blah..

Macam-macam perkara yang mereka kongsi bersama. Sampaikan tips nak jaga rambut supaya tak gugur pun Arissa share dengan Azri. Azri pulak sampai boleh share tentang website online shopping yang dia selalu survey nak beli kasut futsal. Arissa tak tahu kenapa dia boleh jadi rapat dengan Azri sampai macam itu sekali sedangkan dia anggap lelaki itu cuma kawan biasa sahaja dan selalunya dengan kawan-kawan lelaki yang lain dia jarang rapat sampai bersembang setiap hari. Kadang-kadang dia sendiri tak faham kenapa dia sampai sanggup luangkan masa membalas setiap celoteh lelaki itu walaupun pada hakikatnya lebih banyak perkara lain yang boleh dibuat. Contohnya tidur! (sebab Azri selalu sampai pukul 3 pagi masih berjaga!)

Bagi Azri pula, Arissa tak sama dengan kawan-kawan perempuan dia yang lain yang lebih banyak menunjukkan minat nak berteman dengan dia daripada berkawan secara ikhlas macam yang Arissa sentiasa buat. Arissa tak cuba pakai cantik-cantik depan Azri. Arissa tak langsung cuba mengorat dia macam kawan-kawan perempuan dia yang lain. Okay at this point nampak macam over sikit kan? Tapi itu lah hakikatnya. Azri seorang lelaki yang boleh dikategorikan sebagai stylish dan pandai bergaya. Dia datang daripada keluarga yang berada tapi lebih senang menunjukkan yang dia sama dengan pelajar biasa yang lain yang hanya menunggang motosikal ke kuliah dan aktif di hostel supaya sentiasa mendapat tempat di hostel universitinya. Kriteria itu semua menyebabkan ramai perempuan cuba meminta perhatiannya.

<3 “Azri tengah buat apa tu? Sampai senyum sorang-sorang mak tengok?” tegur mak Azri yang sedang melangkah ke arah anak terunanya yang sedang baring di sofa di depan tv.

Azri tersenyum mendengar pertanyaan maknya sebelum menjawab, “Arissa ni mak. Ada saja lawaknya setiap kali sembang.”

“Arissa yang Azri cakap kawan baru yang kenal semester lepas?”
Azri mengangguk.

“Kamu berdua bercinta ke?”

“Ishh mak ni. Azri dengan Arissa? Bercinta?”

“kenapa pulak tak boleh?”

Azri ketawa kecil sambil bangun mengambil tempat duduk disebelah maknya.
“Mak, Arissa yang Azri describe sebagai special tu bukan maknanya dia girlfriend Azri. Dia special sebab dia ikhlas berkawan dengan Azri. Dia tak pernah langsung nak judge Azri macam yang perempuan-perempuan lain buat tu. Arissa ni someone that very understanding. Bila dengan dia,Azri rasa selesa dan Azri boleh cerita apa pun dengan dia. Sama macam Azri kawan baik dengan Fikri dulu masa sekolah menengah dulu.”

“Ishh Azri ni. Mana boleh samakan Arissa yang perempuan tu dengan Fikri yang lelaki tu!”
Azri ketawa lagi melihat reaksi maknya.

“Mak, sekarang zaman dan berubah. Lelaki dengan perempuan bukan setakat boleh jadi pasangan kekasih, tapi boleh jadi best friend jugak. Macam Azri dan Arissa.”

“Suka hati Azri lah. Tapi mak nak ingatkan je. Kalau betul ikhlas berkawan, buat cara berkawan. Jangan buat dia jatuh cinta dengan Azri. Kalau sampai dia salah faham,susah nanti.”

Azri terdiam sebentar mendengar pesanan maknya.
‘Arissa jatuh cinta pada aku? Is it possible?’ Azri kebingungan.

<3 Azri termenung seketika selepas selesai solat Isyak malam itu. Dia bercadang nak terus tidur selepas itu. Badannya terasa sangat lemah setelah seharian penuh menggunakan tenaganya daripada ke kuliah, group discussion & latihan bola sepaknya yang berakhir lewat petang tadi. Tetapi matanya tak mampu lelap kerana terkenangkan pesanan mak beberapa hari yang lalu. Tangan mencapai telefon dan mula membuka aplikasi whatsapp.

“Arissa, solat isyak dah?”
“Sudah, baru sudah. Azri dah?”
“good. Azri pun baru sudah. Esok class pukul bape?”
“9 am. What about u? Dah makan ke? Assignment tadi dah submit?”
“Haha,hantar dah. Jenuh pujuk lecturer sebab terlewat sejam hantar. Lecturer taknak ambik dah tadi.”
“Serius? Nasib la dia nak jugak. Kalau tak repeat lagi la sem depan.Haha.”
“Oh doakan yang bukan-bukan eh?”
“Bukan doakan, itu secara indirect nak cakap padan muka.Rasakan buat last minute!”
“Haha. Nasib baik Arissa paksa Azri buat bagi habis. TQ!”
“TQ? Belanja makan lah.”

“Arissa, I need to clarify something.”
“shoot.”
“Is somehow, at any chance, u might feel different towards me?

Arissa terdiam sejenak melihat text daripada Azri. ‘Different? Maksud dia cinta?”

“Different? In what kind of?”
“I’m not sure. Falling in love of something?”

‘Gila ke Azri ni? Kejadahnya aku nak jatuh cinta kat dia pulak??’

“Azri demam ke apa ni? Ke telan air ketum?”

Azri yang bagai tak bernafas menunggu balasan Arissa terus ketawa melihat text Arissa itu.
“Haha. Dua2 tak. Azri baru lepas solat lah tadi!”

“Haha. Mana tahu kan. I can’t see you so I can just believe on what u say.”

Azri rasa ada kelainan daripada text itu tapi dibiarkan saja.
“I’m good, no worries. J goodnight Arissa.”

“nite!”

  Selepas daripada hari itu, hubungan mereka berdua masih sama dan rutin ber-whatsapp setiap hari masih diteruskan oleh mereka berdua. Azri selesa apabila Arissa sentiasa sudi melayan celoteh dan perangainya. Arissa suka bila Azri menganggapnya seseorang yang boleh dipercayai dan boleh dijadikan tempat mengadu.

<3 “Arissa, malam esok aku nak keluar makan dengan Haikal. Kau ikut sekali eh?” Mira berkata sambil mulut terus mengunyah nasi goreng seafood nya malam itu.

“Kejadah pulak? Kau nak dating ajak aku?” Pintas Arissa yang sedang menikmati bihun tomyam nya.

“Takkan aku nak keluar berdua dengan dia?Aku tak reti lah. Lagipun kami bukan dating pun. Aku tak couple okay dengan dia.”

Arissa ketawa. “Taknak lah. Kau ajak orang lain. Aku taknak jadi batu je malam esok tengok kau dengan Haikal tu.”

“Okay, ajaklah Azri. Mana tahu dia nak teman kau. Haa, double date gitu!” saran Mira yang sudah mula meletakkan sudunya dan mencapai teh ais di kiri meja.

“Azri?”

“Yup. Kalau dia anggap kau kawan, dia sure tak kisah. Lagipun bukannya dia tak kenal aku kan?”

“Tengok lah nanti.”

Memang mereka bertiga saling kenal. Tapi mereka tak pernah pun keluar makan macam yang dirancang oleh Mira itu. Dia dan Azri tak pernah jumpa sejak hari terakhir kelas semester lepas. Boleh ke dia jumpa Azri dan buat macam dalam whatsapp? Azri nak ke keluar makan dengan dia?

Pelbagai andaian yang terbit dalam fikiran Arissa yang menyebabkan dia sendiri jadi bingung. Kenapa dia jadi gementar dan serabut dalam satu masa, dia sendiri bingung.
Setelah selesai makan, Mira dan Arissa berjalan kaki menuju ke blok asrama mereka.Arissa mengeluarkan telefon bimbitnya sambil merangka ayat yang paling sesuai disusun.

“Azri, busy?”
“Nope. Waiting for your text,actually.”
“really? Why?”
“what do you mean by ‘why’? Are u ok? Not feeling well?”

Azri jadi pelik sedikit dengan pertanyaan Arissa.

“I’m good. :)  esok malam Azri buat apa?”
“Tak ada apa kot. Why? Asking me for a date?haha”
“yes, I am. Nak?”

“are you serious… Azri sedang menaip bila laju saja Arissa menghantar text seterusnya.

“Kidding! Cuma nak ajak makan esok sama-sama dengan Mira sekali and her friend. Wanna join?”

Azri tarik nafas. Entah kenapa sejak kebelakangan ini text daripada Arissa banyak menyebabkan perasaannya diganggu gugat. Penafasannya jadi tak normal!

“Arissa ni.main-main tau!”
“haha. Nak ke tak?!”

Azri berfikir lagi. ‘what do you really want for the answer,Arissa?’

“Boleh saja. Pukul bape? Kat mana?”

Arissa tersenyum lebar melihat balasan text Azri. Mira yang perasan juga turut tersenyum. Kalau betul Azri juga mahu turut serta itu adalah peluang yang baik. Dia kasihan melihat Arissa. Dia tahu jauh di sudut hati Arissa menyimpan perasaan yang lebih daripada seorang kawan terhadap Azri walaupun mungkin Arissa tak sedar dan enggan mengakuinya. Arissa mungkin tak sedar tetapi dia sebagai sahabat perasan yang Arissa tidak lagi melayan teman-teman kuliah yang dari dulu gemar cuba memikatnya. Arissa juga sudah jarang bercerita tentang abang senior yang sangat diminatinya sejak dari tahun satu lagi. Sekarang abang senior nya itu sedang menyambung master dan menjadi tutor di salah satu subjek yang Arissa ambil.

<3 Arissa bersiap ala kadar sahaja malam itu. Selesai bersiap dia duduk di katil sambil menunggu Mira bersiap. Mira yang sedang mengayakan beberapa tudung terus menerus bertanyakan pendapat Arissa tentang tudung yang paling sesuai.

“Arissa,come on lah. Pakai tshirt kelab je? Tak ada baju lain ke?” tanya Mira pabila dia perasan penampilan Arissa.

“Helo! Nak pegi makan je kan? Setiap hari pun keluar makan. Apa nak kecoh pakai tshirt free ni?” bidas Arissa sambil ketawa kecil.

“Kan Azri ada sekali? Sure lah special.”

“Should I wear kebaya nyonya then?” soal Arissa dengan muka yang dibuat-buat bingung.

“Kau memang tak ada apa-apa perasaan ke pada Azri tu?” soal Mira perlahan.

“Sayang lah! Dia kawan aku kan. Kau tak sayang dia ke?”

Jawapan Arissa menyebabkan Mira mengeleng kepala dan terus muka dihala semula ke cermin melihatkan keadaan tudungnya.

Kling. Pesanan whatsapp masuk.
“Arissa, I think I can’t join you guys tonight. Something comes out. So sorry.”

Arissa membaca text tersebut buat kali kedua sambil mengeluh sedikit tetapi panjang.

“Azri tak dapat join kita. Dia ada hal lain.” Arissa bersuara perlahan memaklumkan hal tersebut kepada Mira. Mira pantas menoleh ke arah Arissa yang masih menatap telefon bimbitnya.

“Kau okay ke? Tak apa lah kalau kau tak nak ikut. Aku tapau kan makan untuk kau.” Mira bersuara juga perlahan.

“Takpe jom je. Aku dah lapar nie.” Arissa mengangkat muka sambil tersenyum kepada Mira.

Arissa duduk diam sambil menjamah makanan di depannya. Sekali sekala dia membalas juga pertanyaan Mira dan Haikal. Selesai makan Haikal bangkit ke kaunter bayaran dan diikuti oleh Mira. Arissa ikut berdiri.

“Kau tunggu sini, aku pegi bayar. Aku belanja kau hari ni.” Kata Mira sambil mengenyit mata. Arissa tersengih suka.

Arissa duduk semula sambil menghabiskan milo ais nya yang masih berbaki suku. Matanya melilau melihat keadaan sekeliling sebelum melekat ke arah figura sekumpulan manusia yang sedang asyik makan sambil bergelak ketawa.

“Azri.” Bibir Arissa bergerak.

Seorang perempuan datang ke arah kumpulan itu dan duduk di sebelah Azri. Sesekali perempuan itu menoleh kepada Azri dan bersenyum manja. Arissa nampak perempuan tersebut menyentuh bahu dan lengan lelaki itu.

“So that one is the ‘sometime that comes out’.” Arissa bertutur sendirian. 

Hatinya jadi tak keruan melihatkan insiden itu. Jantungnya berdengup tidak normal. Perasaan apa yang dialaminya pun dia kurang pasti. Dia kemudiannya berdehem dan melarikan pandangan daripada situ apabila terlihat Azri menoleh ke arahnya.

Azri melihat kali kedua gadis yang duduk di meja hujung sana.

“Arissa.” 
Matanya terus melekat kuat melihat Arissa. Dia masih menoleh mengharapkan Arissa memandangnya semula. Dia yakin Arissa nampak dia tadi. Tapi Arissa terus sahaja bangkit dari kerusinya dan melangkah keluar tanpa sedikit pun menolehnya.

Arissa di hujung sini bangkit mendapatkan Mira dan Haikal yang sudah selesai membayar. Mira tenung Arissa yang bagai serba tak kena. Dia nampak apa yang Arissa nampak. Sakit hatinya melihat Azri di hujung sana.

Sampai semula ke hostel mereka Arissa segera melangkah ke bilik setelah mengucapkan terima kasih kepada Haikal. Mira terus berbual lagi dengan Haikal di tempat parking.
Arissa melangkah ke bilik dengan perlahan. Mulutnya mengeluarkan keluhan lagi. Kepalanya jadi tiba-tiba pening dan berat. Kakinya berhenti melangkah. Arissa menarik nafas dalam dan perlahan dihembus keluar. Dia mengulanginya sebanyak tiga kali. Dadanya ditegakkan dan dia berdehem sedikit.

“Come on Arissa! Keep your head up.” Arissa berkata pada dirinya sendiri.

 Sebuah keluhan kuat kedengaran lagi. Kakinya diteruskan melangkah ke bilik. Dia menyalin pakaian dan segera ke bilik air mengambil wuduk dan menunaikan solat isyak yang dah berlalu sejak dua jam yang lalu.

Solatnya perlahan dan kemas. Setiap ayat dibaca dengan jelas di pendengaran telinganya.   Dia bagaikan ingin mencari alasan dan kekuatan untuk membuang ingatan dan fikiran tentang hal yang berlaku tadi. Setelah salam diberi, Mira datang duduk rapat di sebelahnya. Dia perasan Mira masuk ke bilik semasa dia sedang bersolat tadi.

Arissa merenung Mira dengan muka tidak berperasaan.
“Arissa, here’s my shoulder.” Mira bersuara lembut. Mukanya sendiri seperti mahu menangis.

Arissa yang mendengar terus mengalirkan air matanya. Makin lama makin lebat. Telekung yang masih berbalut di kepala dibiar saja. Dia terus memeluk Mira yang turut sama membalas pelukannya.

“Let it go.” Mira bersuara sambil mengusap belakang Arissa.

“How come I be like this, Mira?” Arissa terus bersuara dalam tangis.

“This is not your fault. It’s ok.”

“No,its not ok.”

Esakannya masih kedengaran walau sudah hampir 10 minit berlalu. Arissa meleraikan pelukannya dan memandang Mira.

“What happened to me?” Arissa bertanya dengan mata yang masih berair.

“You just fall in love.” Ringkas Mira membalas.

“How?” tanya Arissa yang masih bingung.

“There is no reason to fall in love, my dear. It is just that you did it to the wrong person.”

“Tapi aku dengan Azri kawan biasa je.” Mukanya masih menunjukkan yang dia bingung dengan apa yang dirasainya.

“Mulut, hati dan otak. They all say the different things. Dalam hal ni, aku sarankan kau percaya hati tapi bertindak guna otak. Mulut just shhh.” Mira meletakkan jari telunjuknya ke bibir.

Arissa diam lagi.

“Arissa, walaupun kau tak cakap tapi aku tahu hati kau ada pada Azri. Walaupun kau tak rasa, tapi sebenarnya kau sentiasa nak dia ada dengan kau. Sebab tu aku pesan dengan kau dari mula lagi, jangan sampai jatuh cinta pada dia.” Mira bersuara lagi sambil memegang tangan Arissa.

“Hati aku sakit sangat Mira.”

“Its okay to be hurt now then later. Sekarang aku nak kau jauhkan diri daripada dia. Aku taknak kau terus jatuh cinta pada dia sedangkan dia cuma anggap kau kawan.”

“Tak boleh whatsapp macam selalu dah?” soal Arissa bagai anak kecil.

“Sekali sekala boleh. Kau kawan dengan dia kan? So act as one. Ingat Arissa, K.A.W.A.N.”

Perlahan Arissa mengangguk.

<3 Azri duduk di birai katilnya sambil memandang ke lantai. Peristiwa di kedai makan tadi berulang-ulang bermain di mindanya. Dahinya berkerut memikirkan apa yang sebenarnya berlaku. Dia segera mengambil telefonnya.

“Arissa, what happened? I saw you saw me just now. You should say hi at least. Hehe.”

Jarinya kaku ingin menekan butang ‘Send’. Kemudian laju tangannya memadam semua perkataan itu. Dia rasa pelik dengan kemesraan yang cuba direka-rekanya.

‘Sebenarnya apa yang berlaku ni? Hati aku tak tenang sebab apa ni? Arissa kenapa tadi tu? Dia sakit ke? Aku ada buat salah ke?’

Azri memandang skrin telefonnya. Text terakhir adalah dia memaklumkan yang dia tak dapat makan dengan Arissa malam ini. Message tersebut pun Arissa tak balas. Tangannya menaip perlahan text lain kepada Arissa.

“Gudnight Arissa. Sleep tight.”

Arissa memandang sepi message Azri. Air mata bagai mahu keluar. “Azri langsung tak rasa apa-apa. Boleh suruh aku sleep tight lepas apa yang dia buat?” Telefon segera di letakkan di atas meja dan selimut di tarik rapat ke dada. Arissa cuba tidur dan lupakan segala yang berlaku.

1 minit, 2 minit, 3 minit, 1 jam, Arissa langsung tak reply. Azri mengeluh melihat skrin telefonnya.

‘Please don’t do this to me.’ Perlahan dan tanpa sedar Azri bersuara.

Tangannya masih memegang erat telefon bimbitnya. Akhirnya Azri terlelap dengan hati yang tidak tenteram.

<3 Seminggu berlalu, Arissa langsung tidak membalas satu pun text daripada Azri. Azri semakin bingung dan mula mengambil langkah menelefon terus gadis itu namun masih hampa apabila Arissa membiarkan panggilan itu tak berjawab.

Azri melangkah perlahan ke arah motosikalnya setelah kuliahnya tamat untuk hari ini. Dia ingin balik mandi dan bersiap semula untuk latihan futsal. Azri kemudiannya terpandang seorang gadis yang melangkah arah bertentangan dengannya. Gadis tersebut sedang memegang kotak susu Dutch Lady berwarna pink. Azri tersenyum sikit.

“Arissa’s favourite.” Mulutnya berkata sambil enjin motosikal dihidupkan.

‘Just where are you Arissa? I miss you.’ Azri bersuara dalam hati sebelum keluhan terbit dari bibirnya.

Malam itu Azri mencuba lagi.
“Hai Arissa. Busy?”

Setengah jam kemudian barulah Arissa membalas.
“Not really.”

Azri jadi tak senang duduk melihat balasan text Arissa.

“Are u ok? If there’s something u wanna share, u know I’m always available.”
“I am good. Cuma busy sikit sekarang.”
“Busy sangat ke?”
“yes.”
“Well, because I can’t see u, so I will believe what u say.”
“yes u should. Okay Azri, goodnight.”

“Arissa, text me? Tomorrow?”
“Friends did not do that.”

‘What? Apa maksud dia ni?’

“Then what did friends do instead?”
“Keep each other a boundary. Off limit zone. We should have it.”

Arissa menarik nafas dalam sebelum menekan butang ‘send’. Penafasannya mula tak teratur.

“What do u mean? Arissa, did I do anything wrong?”
Azri menunggu penuh debar. Malangnya sampai ke sudah Arissa hanya diam.

Arissa di sebelah sana turut mengeluh. Dia bersandar malas di kerusi study nya. Kertas, buku dan pen di atas mejanya dipandang kosong.
“I guess you get the point now. We are friends. Yes, we are.” Mulutnya mengomel sendirian.

Azri jadi semakin tak keruan.

“Boundary? Off limit? Friend? What are you talking about, Arissa? You are not my friend. You are..” mulutnya tiba-tiba berhenti berkata.

‘Apa Azri? Arissa tu siapa kalau bukan kawan kau?’ bagai ada suara yang menyoalnya.

“You are more than a friend.” Azri menjawab soalan suara tadi.

‘Like what?’ soal suara itu lagi.

Azri segera mengambil telefon bimbitnya dan mendail nombor telefon maknya.
“Mak, macam mana nak tahu kalau kita jatuh cinta?” soal Azri sebaik saja mendengar suara maknya.

<3 Arissa melihat penampilannya di cermin. Dia mengenakan kurung moden berwarna kuning keemasan yang bercorak bunga hitam yang digayakan dengan tudung hitam juga. Mengenangkan yang dia akan membuat pembentangan projek tahun akhir hari ini, sepasang flat shoe jenama Charles and Keith berwarna kulit di sarungkan ke kaki.

Arissa melangkah bersama Mira dan kawan-kawannya yang lain melewati koridor dewan kuliah mereka. Mereka semua bersemangat untuk melakukan pembentangan sebentar lagi.

Azri yang sedang berjalan arah bertentangan terhenti daripada melangkah apabila terpandangkan Arissa. Sepanjang pengenalan mereka, tak pernah dia melihat gadis itu mengenakan baju kurung. Matanya bagai tak mahu bergerak. Dadanya berdegup kencang seiring dengan langkah Arissa yang semakin mendekat. Langkah kakinya perlahan di atur ke arah Arissa dan kawan-kawannya.
Arissa yang sedang melangkah tiba-tiba terhenti apabila Azri muncul betul-betul depan mukanya.

“We need to talk. Girls, can you all go ahead first?” Azri dengan penuh lembut dan sopan berkata kepada kawan-kawan Arissa termasuk Mira. Mereka yang juga agak terkejut dengan kemunculan Azri hanya tersenyum-senyum sambil meneruskan langkah, meninggalkan Azri dan Arissa.

Azri diam menatap wajah Arissa. Arissa turut diam tetapi wajahnya dilarikan, tak mahu melihat wajah Azri. Azri mengenakan kemeja kotak-kotak berwarna kuning keemasan bercampur hitam, sepadan dengan Arissa. Sneaker Conversenya menambah kekemasannya di mata Arissa. Dari jauh, mereka tak ubah seperti pasangan kekasih yang berjanji untuk nampak sepadan pada hari itu.

“I got a presentation. I need to go.” Akhirnya Arissa bersuara setelah dilihat Azri yang terkunci mulutnya namun terus terusan memandangnya.

“Lunch with me today?” akhirnya Azri bersuara.

“Tengok lah dulu.” Arissa membalas acuh tak acuh.

“Give me your phone.” Tangannya sudah ditadah meminta telefon bimbit Arissa.

Arissa mengeluarkan telefonnya tanpa berfikir panjang dan meletakkannya di atas tapak tangan Azri. Dia pasti Azri ingin memastikan dia masih menyimpan nombor telefonnya ataupun tidak. Azri mengeluarkan telefonnya dan menyerahkan kepada Arissa.

“Take my phone. We exchange the phone until this lunch time.”

“What?! Nak buat apa macam ni?”

“Kalau Arissa tak show up, Azri baca all your content in the phone.”

“Tak payah nak ugut sangat. I can read yours too!” balas Arissa sambil menunjukkan telefon Azri di tangannya.

Azri tersenyum sedikit mendengar balasan Arissa.

“Bacalah. Its nothing personal. Kalau personal pun, I don’t care share it with you.”

Arissa terdiam mendengar kata-kata Azri. Arissa mengerutkan dahinya sambil mengingati semua kandungan telefonnya. Gambar tak bertudungnya, tarikh menstrual cycle nya, dan macam-macam lagi privasinya terkandung dalam telefon itu.

“Okay! 1pm, Subway.” Arissa terus bersuara sambil kaki terus melangkah sambil membawa telefon Azri.

Azri terus tersenyum lebar melihat perlakuan Arissa. Hatinya berbunga dapat bertemu dengan Arissa pagi ini. Dia juga perasan persamaan warna baju mereka hari ini.

“God, she’s cute!” ayat itu terkeluar juga dari mulut Azri.

Tengahari itu mereka bertemu seperti yang dijanjikan.

“Dah sebulan lebih kita tak sembang kan?” Azri memulakan bicara. Arissa hanya tunduk.

“Arissa, we need to clarify things between us.”

“such as?” balas Arissa dingin.

“Azri tahu Azri salah. Tapi, Azri baru tahu yang Azri salah. I wasn’t aware of that before.”

Arissa tunduk kembali memandang tangannya.

“Tak, Azri tak salah pun.” Perlahan suara Arissa kedengaran.

“Arissa, sorry for everything. Sorry that I ignore your feeling after I create the feeling in you.”

Arissa mengangkat muka memandang Azri. ‘Azri tahu ke aku suka dia?’

“At first, Azri memang sangat selesa berkawan dengan Arissa. For me, your friendship is real. Azri jadi selesa sampai semua benda rasa nak share dengan Arissa. Sampai lah malam yang kita tak jadi makan sama-sama tu, baru Azri sedar there’s something wrong because I knew you saw me. Azri yakin yang Arissa sedar I was there, kan?” Azri merenung Arissa yang sangat lain daripada dulu masa mula-mula dia mengenali gadis itu.

Arissa mengangguk.

“Malam tu Arissa mengalami some kind of shock. Sebab tu Arissa tak toleh semula. My heart beating abnormally.” Jelas Arissa tanpa selindung.

Azri tersenyum mendengar kata-kata Arissa.

“I know that beat. I feel it too lately.”

Arissa mengangkat keningnya. Azri mengangguk menyiakannya.

“Lepas Arissa sebut pasal boundary, friend zone and all that, only then I realize something.”

Arissa memandang tepat wajah Azri. Dia ingin dengar kata-kata Azri seterusnya.

“You are not my friend. You are more than just a friend because we understand each other like a best friend. We can share anything together like siblings.”

Arissa diam dengan rasa yang sedikit hampa.

“So we are like super best friend!” kata Arissa sambil mengalihkan pandangannya ke arah lain.

“No, we are not. We love each other actually.”

Arissa memandang tepat ke anak mata Azri.

“I missed you. All this time, when you are there for me, I didn’t care about it. But when you are gone, I miss you like hell.”

Arissa menahan air matanya daripada tumpah. Takkan nak nangis kat Subway ni pulak kan.

“Azri, sorry if I make it difficult for you. I know I shoudn’t fallen for you. I make a mistake.”

“No you are not making a mistake. It’s just that you realize it first, before me.” Azri segera memujuk Arissa yang sudah seperti ingin menangis.

“ You don’t have to force yourself to have the same feeling with me. You really don’t have to do it.”

“I am not forcing myself, Arissa. Percayalah. Azri betul-betul serius ni.”

Arissa diam mendengar kata-kata Azri.

Azri menyua tangannya meminta tangan Arissa yang diletakkan di ribanya. Arissa yang menyangka Azri inginkan telefonnya segera megambil telefon itu dan menyerahkan kepada Azri.

Azri mengambil telefon tersebut dengan tangan kanannya dan tangan kirinya masih mengenggam tangan Arissa. Arissa yang tergamam hanya memandang tangan mereka sedang bersatu.

“I know its sounds cliché, but I love you.” Azri bersuara dengan penuh berhati-hati. 

Matanya menatap wajah gadis yang sudah mencuri hatinya itu. Pertama kali dia merasakan perasaan begini.

Arissa melihat dalam mata Azri.

“Apa Azri sebut tadi?”

“I love you.”

“Jangan main-main dengan perasaan Arissa. I got feeling too.”

“Apa perassan Arissa tu? Boleh bagitahu?”

Tangan Arissa masih digenggam oleh Azri erat.

“Bila nampak Azri dengan that girl, Arissa rasa sakit sangat. It really hurt, you know. Bila Azri call, text tapi Arissa tak reply, it hurts more because I really wanted to reply and be by your side macam dulu. Bila teringatkan Azri, Arissa jadi rindu sangat tapi mengenangkan u might not feel the way I feel,I just have to live on without you.” Arissa tunduk setelah membuka rahsia di hatinya.

Azri mengangkat wajah Arissa supaya bertentang mata dengannya.

“There will be no way you should live on without me. You must always be by my side. Arissa, be mine.”

“Azri.”

“yes or no? Eh tak boleh. Just say yes. You can not say ‘no’.”

Arissa tersenyum sedikit.

“Let me think first.”

Azri membuntangkan matanya. Dia datang duduk disebelah Arissa. Dia memegang kedua belah lengan Arissa.

“Say it. Now.” Azri memandang tepat muka Arissa yang sudah kelihatan merah malu.

 Lambat-lambat baru Arissa bersuara.

“Azri, please take good care of my heart. I want this to be my first and last love. Yes, I do agree to be yours.”

Azri tersenyum lebar mendengar kata-kata Arissa.

“Can I get a hug?” kata Azri nakal.

“No way!” Arissa segera melepaskan diri daripada pegangan Azri.

Azri ketawa dengan reaksi Arissa.

“Azri, kenapa..” Arissa bersuara perlahan sambil mukanya jelas menunjukkan pelbagai persoalan sedang bermain di mindanya.

Azri segera meletakkan jarinya di bibir Arissa.

“We have really plenty of time to discuss about ‘why’ and ‘why’. Sekarang ni, apa kata kita discuss something about us. The new us.”

Arissa terdiam dengan tindakan Azri sambil matanya tak berkelip meihat Azri yang semakin hampir dengannya.

“Like what?” soal Arissa perlahan.

“Like, when do you plan to meet my mom?” Azri bersuara perlahan tapi sangat jelas di pendengaran Arissa.


Arissa tertunduk malu sambil bibir perlahan mengukir senyuman bahagia.

-The End-
AZRI
Too hot to be true right? Yeah, i know (Arissa tak ada, because i imaging myself as her with this guy. HAHA. you all can imagine that way too! :P)

* please like it! >.< haha thanks for reading actually.
XOXO

Aainaa Sofea.

Comments