Opah, Aainaa rindu.



Dah dua hari petang petang hujan.
Dari semalam duk teringat masa kecik dulu mandi hujan kat rumah Opah.

Kat rumah Opah je merasa mandi hujan. Kalau kat sini mati kena hambat dengan Mama & Abah 

The best part was, laman rumah Opah besar. Boleh mandi hujan sambil terpekik terlolong buat konsert rock pun tak ada orang kisah.
paling paling pun Opah jerit marah sebab bising sangat 

Port yang selalu kami kengkawan rebut nak mandi yang air hujan direct turun dari atap rumah tu, sebab kawasan tu akan membentuk satu lopak air yang kami selalu panggil swimming pool untuk semut sebab kecik sangat 

Lawaknya ya ampun hahaha~

Dah siap mandi, masing masing berebut masuk bilik air. Tapi senang je sebab bathroom rumah Opah dekat dengan pintu belakang rumah. Relax je jalan, Opah tak marah pun basah lantai rumah. 

Dulu liat nak mandi, lagi lagi tengah hujan bagi alasan sejuk! Hampeh. Opah pun suruh mandi hujan sebab lepas mandi kat luar confirm kena mandi betul betul kalau tak nak demam! 

Haa, terror tak Opah punya parental control

Masa budak budak dulu 24/7 berkepit dengan Opah. Kemana saja kami follow Opah. Mama pun tak kisah, sebab kami memang happy dengan Opah.

Dah lah Opah pemurah giloss! Nak mainan dapat, nak komik dapat! Dah besar sikit pakai phone, mintak duit nak topup pun dapat ok! 

Alhamdulillah, Allah pinjamkan Opah sampai aku umur 22 tahun 

Tak pernah tak rindu Opah. Dulu masa nak start further study, nak duduk hostel punya lah mental breakdown.

Rindu Mama & Abah tak sangat, tapi rindu kat Opah rasa nak berlari balik!
Sampai sanggup balik senyap senyap naik bus dari Penang lepas tu carik cab sampai rumah.
Punya lah Opah happy masa tu hehe~

Kenangan terindah dalam hidup adalah 22 tahun bersama Opah & akan terus merindui dia sampai akhir hayat 

Sedih memang sedih. Cakap pasal Opah ni sentiasa rasa nak teriak  tapi malam ni rasa nak senyum je, taknak nangis.

Opah selalu pesan, bila teringatkan orang yang dah pergi dulu dari kita, cakap hal hal yang baik tentang dia. Moga Allah pelihara dia, sayangkan dia macam mana kita sayangkan dia semasa hidupnya.

InsyaAllah. Opah baik, Allah mesti sayang. 

Opah, Aainaa rindu.

Al-Fatihah










Comments