story three -Hasif & Amani-

<3  Amani melangkah keluar dari kedai topup itu mendapatkan motosikalnya. Hasif memarkir motosikalnya betul-betul menghadap kedai topup itu.

“Mak aii! Perfume selori!” kata Amani sambil menutup hidungnya.

Hasif yang rasa dirinya yang diperkatakan tiba-tiba naik berang. ‘Mulut minah nie kan.’
“Mak aii! aurat tak reti tutup! Tak hormat bulan puasa pulak tu! Menyusahkan kaum Adam je!” Hasif membidas semula dengan suara yang sengaja dikuatkan biar Amani jelas mendengarnya.

Amani memandang tajam ke arah Hasif sambil menjeling lelaki itu yang sudah mula tersengih tapi masih duduk santai di atas motornya tanpa ada tanda-tanda mahu berlalu.

“Eleh, kau tu nak pergi topup pun pakai perfume bagai. Kau nak mengorat aunty jual topup tu ke?”

“ Lelaki nak pakai perfume tak salah. Hukum tak sama dengan perempuan. Kau tu pakai tudung, wajib tutup aurat . Bukan setakat pakai baju lengan panjang macam ni je.”

“Dah lah perfume busuk! Sah-sah perfume murah wey!”

“Perfume murah takpe, jangan harga diri murah beb!”

“Jangan nak kurang ajar sangat lah brader. Kau bagus sangat ke nak mengata harga diri orang lain?”

Hasif tersengih mengejek melihat Amani berang.
“ Kalau dah tahu dosa, blah lah cepat! Yang duduk sini lagi buat apa? Mata tu, pandang tempat lain!”kata Amani kasar. Amani terus berlalu laju dengan motosikalnya.

‘Ada hati nak mengata aku konon. Dah lah tegur depan-depan. Dasar minah gila! perfume aku mahal okay!’ Hasif mengomel sambil kaki melangkah ke dalam kedai.


<3  Amani masuk ke bilik dengan perasaan marah yang masih bersisa. Muka monyoknya menarik perhatian kedua sahabatnya yang sedang menghadap laptop bersama buku di tangan.

“Ama, kenapa muka macam tu? Pegi topup pun boleh stress ke?” usik Wati sambil ketawa kecil.

“ korang tahu tak tadi, ada mamat cari pasal dengan aku!” beritahu Amani sambil duduk mendekati mereka berdua.

“Siapa cari gaduh dengan kau? Apa masalah dia?” tanya Gina pula.

“Takde, mamat tu lalu sebelah aku, perfume dia bapak kuat!  Dah la busuk korang tahu. Aku pulak terlepas cakap, mengata perfume dia. Tapi memang betul pun kuat macam mandi guna perfume. Lepas tu dia sibuk pulak nak tegur aku tak pakai tudung. Huhh!”

Wati dan Gina diam mendengar Amani bercerita. Kemudian mereka sama-sama ketawa.

“Lawak lah cerita kau ni. Yang kau pegi mengata direct tu kenapa? Patut mengata dalam hati je la cukup.” Gina bersuara.

“Tapi hebat jugak lelaki tu boleh sound direct kat kau kan?” Wati pula mengusik sambil masih ketawa kecil.

“ Aku salah lah jugak kan, tapi panas hati aku dia bangkitkan soal sensitif macam tu. Aku ni, memang lah nak berubah tapi entah tak ubah-ubah pun. Hurmm.” Perlahan raut Amani berubah.

“Nak berubah memang susah beb. Kau kena kuat semangat. Lepas tu kena jaga hati tu, biar istiqamah, jangan nanti berubah separuh jalan je.” Wati memberi nasihat dengan lembut.

Gina yang merupakan anak kelahiran Sabah itu turut terangguk-angguk tanda bersetuju dengan pendapat Wati.

“ Aku semakin tak selesa dress up macam ni. Tambah-tambah mamat tadi tu sampai mempersoalkan harga diri aku. Kalau aku bertudung elok, mesti dia tak terfikir nak bidas aku pedas macam tu sekali, kan?”

“Sabar lah wey. Jangan sebab mamat tu kau bad mood pulak. Pasal bertudung tu, kalau kau sedia nak pakai, aku lah orang paling bahagia sekali! Aku sanggup kongsi semua tudung aku yang ada tu dengan kau, tak payah beli lain k? “ kata Wati lagi sambil tersenyum dan disambut ketawa kecil oleh Gina.

“Eleh, nak kongsi tudung je. Tudung tu murah je. RM10 dah boleh dapat.” Gina bersuara mengusik. Amani turut tertawa mendengar usikan Gina.

Seketika kemudian, Amani bersuara.
“Kita cuti raya next week kan? Aku nak pakai masa tu lah. Mesti mama aku terkejut bahagia.”

“Cantik jugak idea kau tu! Syukur Alhamdulillah, nikmat bulan baik ni,jangan disia-siakan. Kau dah beli tiket ke?” Wati dan Gina sama-sama setuju dengan cadangan Amani itu.

“Dah!” Amani bersenyum lagi.

<3  Amani melangkah menaiki bas sambil matanya mencari nombor tempat duduknya. Seat no.18. Bila jumpa, dia terus melabuhkan punggungnya dan meletakkan semua barang-barangnya agar dapat duduk dengan selesa. Dia meninjau-ninjau setiap penumpang yang naik selepasnya sambil mencari teka siapa duduk di sebelahnya.

‘Aik, tak ada siapa duduk pun. Untung lah aku dapat double seat hari ni,boleh lah beg aku pun tumpang selesa. Hehe.’ gumam Amani dalam hati.

Tiba-tiba seorang lelaki datang duduk di sebelahnya sesaat dua sebelum bas memulakan perjalanannya. Amani mengeluh kerana kecewa mimpinya berakhir hanya seminit dua.
Lelaki itu berdehem sedikit menandakan dia menegur mesra penumpang disebelahnya sambil tersenyum sedikit tanda hormat.

Amani berpaling bila mendengar deheman itu. Matanya sedikit membulat melihat siapa di sebelahnya. Lelaki itu juga sedikit terkejut dan perlahan-lahan mengukir senyuman. Amani tersentak sebentar melihat senyuman lelaki itu yang dikira bagai mengejeknya.

“Dalam ramai-ramai orang dalam dunia ni, tak pun dalam bas ni, awak jugak yang duduk sebelah saya ye.” Hasif bersuara dengan senyuman yang masih terukir.

“Ermmm.” Amani segera mengalihkan pandangan ke luar tingkap sambil menahan rasa. ‘3 jam nak duduk sebelah dia ni macam mana? Terpaksa lah tidur sopan-sopan ni.’

“You look nice and sweet.” Hasif bersuara perlahan, dekat dengan telinga Amani. Amani sedikit terkejut dan menarik nafas.

“Awak boleh duduk diam-diam tak?  I am not interested to talk to you.” Amani berpaling sambil memberi amaran.

“Okay. As you wish.” Hasif mengangkat tangan seperti gaya orang mengalah sambil tersenyum sedikit.

Amani kembali berpaling ke arah tingkap. Tudung yang membalut kepala dibetulkan sedikit.

“Perfume saya wangi kan? It is original.” Seketika kemudian Hasif bersuara lagi.

Amani pantas berpaling.
 “ Beli masa discount, saya pun mampu. Bila beli? Masa promotion raya? 70% off kan?” Amani bersuara sambil ketawa sinis.

Hasif turut tersenyum mendengar Amani memerlinya.

“So betul kan wangi?”

“What is wrong with you?”

“I am just asking. To make sure you feel comfortable along this journey.” Suara sengaja diseksikan seboleh mungkin bagi menarik perhatian Amani.

“Okay fine! It is really cool. That smell, won’t bothering me at all, in fact I love that smell. Mont Blanc, Legend right? Yes, it smells good. Now could you please give me some space? I am really damn sleepy and I believe you need a sleep too.” Amani menentang muka di sebelahnya dengan berani dan penuh sopan.

“Okay. Sweet dreams then.” Hasif tersenyum mesra melihat lakonan Amani yang sedaya upaya menolak dari berbual dengannya.
 Hasif tidak tahu mengapa tapi dia asyik terpikat untuk berbual dengan gadis disebelahnya itu dan matanya juga bagai tak mahu lepas dari melihat wajah cantik yang sudah berbalut kain tudung itu.
 ‘Berkesan ke teguran aku haritu sampai dia pakai tudung sekarang?’ terlintas di minda Hasif tentang imej Amani yang berbeza dengan semasa mereka bertengkar tempoh hari.

Amani tergamam sebentar melihat senyuman itu, perlahan dia berpaling menghadap tingkap dan mula melayan jantung yang tiba-tiba berdegup tak normal.

Lama kelamaan tumpuan Amani terhadap lebuhraya yang ditatapnya semakin malap dan perlahan-lahan matanya mula terkatup.

Dua jam melepaskan rasa ngantuk, Amani mula terjaga bila terasa ada beban di bahu kirinya. Matanya dibuka perlahan-lahan. Tersentak dia apabila menoleh, wajah Hasif begitu dekat dengannya dan kepalanya sedang bersandar elok di bahu Amani.

 “Hey! Apa ni?!” soal Amani menyebabkan mata Hasif terus terbuka bulat.

 ‘Eleh, ingat apa tadi. Kecoh pulak minah ni,’ gumam Hasif sambil memisat matanya dan menguap kecil.

“ Tidur elok-elok boleh tak?” soal Amani tidak puas hati.

“Eh! Sorry,sorry. Saya tak sengaja. Mintak maaf awak.” Segera Hasif memohon maaf bila dia sedar sepenuhnya apa yang berlaku.

‘Macam mana pulak aku boleh buat adegan memalukan kaum sendiri ni? Haishh, kacau!’

Jarak antara mereka segera dijauhkan oleh Hasif sambil tak henti meminta maaf dengan muka yang tertunduk-tunduk.  Muka serba salahnya jelas terpancar dicampur dengan muka menahan malu sehingga tak mampu nak memandang muka Amani.

Amani yang pada mulanya memang panas hati bertukar perasaan bila memandang Hasif yang gabra dan kelihatan polos dimatanya.  Hatinya jatuh kesian melihat Hasif dengan muka mengantuk tapi bersalah itu.

“Takpe la. Sambung je tidur.” Kata Amani akhirnya sambil membetulkan duduknya agar tak terlalu dekat dengan kerusi disebelahnya itu.

Akhirnya signboard IPOH menerpa pandangan mata membuatkan Hasif dan Amani sama-sama duduk tegak bagai tak sabar untuk sampai.

Mereka sama-sama turun dan,
“Awak,” panggil Hasif.

Amani menoleh.

“Saya tak tahu lagi nama awak.”

Sambil berfikir sejenak, Amani menjawab
“Amani.”

“Okay. Saya Hasif. Saya sebenarnya nak minta maaf sangat pasal tadi dalam bas tu. Seriously, it wasn’t a joke. It really an accident.” Kata Hasif dengan muka kesian.

Amani masih diam sambil merenung lelaki di depannya. Jelas terpancar bahagian yang satu lagi dalam diri Hasif selain daripada yang kuat mengusik dan mengejeknya itu.

“Maafkan saya?” Hasif bersuara lagi apabila Amani tetap diam.

Kemudian telefon bimbit Amani berbunyi,
“Hello mama? Haa Amani dah sampai. Mama kat mana? Okay-okay, Amani pegi situ.” 

Amani bergegas menyarung beg sandangnya dengan niat mahu terus berlalu dari situ.

Segera Hasif memaut lengannya, menghalang Amani yang ingin berlalu.

“Please, forgive me?” soal Hasif dengan wajah yang sengaja dicomelkan sehabis mungkin.

Amani menjegilkan matanya bagai isyarat mengarahkan Hasif melepaskan pegangan lelaki itu. Melihat reaksi Amani, Hasif bertindak merampas telefon bimbit Amani yang masih ada ditangan Amani sambil menarik gadis itu dekat dengannya.

Hasif mendial nombor telefonnya dan membuat missed call ke telefonnya. Amani sudah ternganga dengan tindakan berani lelaki itu. Wajahnya turut melihat ke skrin telefon menyebabkan dia tahu apa yang dilakukan oleh Hasif.  

Hasif mengembalikan telefon itu sambil berkata,
“Give me a call when you are ready to forgive me.” Hasif tersenyum manis sebelum melepaskan pegangannya.

Amani segera menjauhkan jarak mereka sambil bergegas ingin berlalu dengan wajah yang merah menyala.

“In your dream!” ucap Amani dengan perasaan marah yang jelas terpancar.

“ Take care!” kata Hasif lagi sambil mata dikenyitkan dan tangan melambai Amani yang berpaling selepas melihat kenyitan mata Hasif.

‘Argh, mamat ni. Hampeh betul guna kenyit-kenyit mata pulak.’ Perasaan marahnya bercampur aduk dengan degupan jantungnya yang sekali lagi jadi tak normal.


<3 Pagi raya pertama itu Amani dengan keluarganya bersolat Aidilfitri di masjid berdekatan dengan rumahnya. Selesai bersolat para jemaah mula bersalaman dengan wajah yang jelas ceria menyambut hari raya. Semasa melangkah keluar masjid, kelihatan ayah Amani sudah menunggu Amani dan mamanya.

“Amani, mari sini ayah nak kenalkan dengan Uncle Yahya.” Kata ayahnya sambil tersenyum.

Amani menoleh ke arah lelaki sebaya ayahnya itu sambil tersenyum penuh hormat. Uncle Yahya juga turut tersenyum sambil memuji kecantikan Amani yang jelas terpancar dengan kepala masih dibalut dengan telekung putih suci.

“ Uncle Yahya ni baru balik ke Ipoh dalam dua tiga bulan lepas. Sebelum ni dia pengawai besar di Kuala Lumpur. Sebab tu Amani tak pernah kenal kawan ayah yang ini.”

“ Yang ini pula anak teruna uncle Yahya.” Mamanya pula bersuara menperkenalkan seseorang di sebelah kawan ayahnya itu.

Amani terus terkejut melihat Hasif adalah anak Uncle Yahya yang dimaksudkan. Hasif juga terkejut pada mulanya kerana tak menyangka ibu bapa mereka saling berkenalan.

Hasif tersenyum melihat wajah Amani yang terkejut melihatnya.

‘ Lambat betul minah ni. Dari tadi aku berdiri sebelah papa,baru ni nak terkejut.’ gumam Hasif di dalam hati.

“Hai Amani.” Sapa Hasif.
“Hai.”

“Amani rupanya anak kawan papa yang papa nak kenalkan tu. Kalau yang ni memang Asif dah kenal,pa.” Hasif menerangkan kepada Uncle Yahya.

“Oh really? Senang lah kerja kita kalau macam tu kan Amir?” balas Uncle Yahya pula sambil menepuk-nepuk bahu ayah Amani.

Mereka kemudiannya bertolak ke rumah Amani untuk berhari raya.  Rupanya Hasif dan Amani berjiran satu taman sejak dua tiga bulan ini.

‘Ayah dengan uncle Yahya kawan lama. Sekarang jumpa balik dan berjiran setaman. Tadi uncle Yahya cakap apa? Sekarang ni nak jodohkan aku dengan Hasif lah ni? Haha.’
 Sempat Amani bermonolog dalaman semasa sedang membancuh air di dapur. Hatinya jadi suka entah kenapa.

 Meriah rumah Amani dengan keluarganya dan keluarga Hasif yang bertandang pagi raya itu. Amani ingin melangkah keluar rumah menyertai anak-anak saudaranya bermain di taman ketika Hasif datang dan menghalang langkahnya.

“Awak kenapa suka halang jalan saya?” soal Amani yang marah kerana terbantut niatnya.

“ Kenapa tak pernah reply message atau return calls saya? Tak pun angkat lah bila saya call.” Soal Hasif pula pura-pura garang.

Sudahnya mereka berdiri di muka pintu saja sambil bertentang mata di situ.

“ Kenapa tak bagitahu papa awak kenal ayah saya?” soal Amani kembali. Saja lari topik. 

Memang Hasif ada contact dia sejak kes di terminal dulu. Selalu! Tapi dia yang buat-buat keras hati walau hakikatnya dia sering tersenyum membaca message yang dikirim oleh jejaka itu hingga kadang-kadang dia jadi tertunggu-tunggu.

‘ Amani kenapa taknak langsung reply ni? Marah sangat ke?’
‘ Saya bosan lah duduk rumah. Jom shopping raya sama-sama? Awak nak baju color apa tahun ni?’
‘Hai si keras hati. Tengah memasak untuk berbuka ke? Hehe’
‘Saya macam rasa dah gila message orang yang bagai tak wujud. Tapi, I can’t stop it. My heart influence me to do so. Parah kan Hasif Yahya ni?’
‘ Selamat Hari Raya Amani sayang.’

Itulah antara kata-kata Hasif yang masih terletak di mindanya hingga kini.

“ Sayang, manalah saya tahu diorang tu kawan. Kalau saya tahu dah lama saya datang rumah awak ni, mengorat awak depan-depan macam ni. Saya ingat saya cuma ada telefon sebagai penghubung dengan awak dan saya jugak ingat yang saya hanya akan jumpa awak lagi kat kampus nanti je tahu tak? Siapa yang suruh tak reply message saya? Kalau tak mesti kita berdua dah figure out benda ni lebih awal.” Hasif membebel bila Amani masih nak mengelak darinya.

“ Kalau figure out lebih awal pun nak buat apa? Apa bezanya?” soal Amani sambil berpeluk tubuh dengan muka bosan yang sengaja ditayangnya. Dalam hati boleh tahan juga debarannya apabila Hasif memanggilnya sayang.

Hasif tersenyum mendengar pertanyaan Amani.

“ Lebih cepat kita dapat restu dari diorang untuk hubungan kita ni.” Kata Hasif sambil mata dikenyitkan.

“Habis, sekarang ni tak dapat restu lah? Nak minta macam mana? Kalau tak dapat saya taknak lah,” balas Amani laju sebelum terdiam dan mengigit bibir bawahnya.

Hasif mula tersenyum lebar.

“ Saya tahu saya tak bertepuk sebelah tangan Amani.”

Mendengar hasif bersuara penuh yakin, membuatkan Amani menayang muka mengejeknya.

“Jangan poyo sangat eh.”

Hasif ketawa kecil sambil tangannya mencuit hidung Amani yang segera mengelak.

“ Poyo lah, kisah cinta kita kan unik. Kenal depan kedai topup, jatuh cinta dalam bas.Haha..”

Amani turut tertawa mendengarnya. ‘Cinta. Wow.’

Dari dalam ibu bapa mereka turut menyaksikan drama yang berlangsung di muka pintu rumah di pagi hari raya yang indah itu. Mereka turut tersenyum lebar dengan berbagai perancangan mula terbit di minda.


TAMAT

AainaaSofea  :')

Comments