STORY TWO - kunci cinta sejati -

tak sabar-2 nak post! jadinya, kena post jugak before tido :')



<3  S menatap lagi telefon bimbitnya buat kali yg entah ke berapa. Dipandang sunyi smartphone yang berwarna putih itu. Keluhan kedengaran lagi dari bibirnya. S meletakkan telefon itu disebelahnya lagi berbaring di atas katil menghadap siling biliknya. Rindu benar rasa hati terhadap kekasih hatinya.

Betul ke Z dah nak tinggalkan aku? Ke dia main-main je? Kalau betul-betul kenapa tiba-tiba? Tanpa apa-apa tanda, lelaki itu meminta diberi tempoh untuk berfikir tentang hubungan mereka dan kini sudah menjangkau tiga bulan sejak tempoh tidak rasmi itu dipersetjui oleh S. Kalau main-main, kenapa pulak sepanjang tiga bulan ini Z langsung tidak menghubunginya? Datang ke rumah pada hujung minggu pun sudah tidak dilakukan lagi.

Hati mula bimbang, bimbang jika benar Z sudah nekad meninggalkannya sekali gus menamatkan kisah cinta antara mereka berdua. Dua tahun menganyam kasih bersama Z, mana mungkin dia tak mengaku sayang dan cinta terhadap lelaki itu? Z juga sentiasa kelihatan bahagia di sampingnya sepanjang tempoh itu.

S memandang lagi telefon bimbitnya itu yang senyap sejak tiga bulan yang lalu. Sebelum ini, telefon itu akan berbunyi bingit saban malam, menerima panggilan daripada sang jejaka di sebelah sana. Kalau tak dengan panggilan telefon, mereka berchatting dan kadang kala menggunakan skype sebagai penghubung apabila masing-masing berjauhan. Lama berfikir dan terkenangkan Z, akhirnya S terlelap juga bersama lampu tidur yang terpasang dan telefon bisu yang menemani.


<3    petang itu, S melangkah keluar daripada bilik mesyuarat dengan senyuman lebar. Projek yang dikendalikan nya hampir siap dan segala perancangan pemasarannya diterima oleh pihak atasan untuk dilaksanakan.

S mula bekerja dua tahun yang lalu, daripada latihan industri sehingga ke hari ini, dia menaburkan khidmat tenaganya untuk syarikat milik bapa saudara nya itu. Uncle Razi memang sangat sayangkan nya bukan sahaja kerana pertalian saudara tetapi juga kerana dedikasi dan semangat yang ditunjukkan oleh S sepanjang bekerja di situ. S pula sangat menghargai jasa Uncle Razi dan merasakan dia perlu memberikan komitmen yang tinggi terhadap kerjayanya demi membalas kebaikan Uncle Razi terhadapnya.

 Sejak bergelar tenaga kerja, memang banyak masanya disumbangkan kepada kerjanya sebagai pengurus pemasaran muda yang jarang-jarang disandang oleh golongan muda sepertinya. Z juga sering mempertikaikan masanya yang banyak ditaburkan kepada kerja berbanding dirinya dan hubungan mereka. S pula sering memberi alasan Uncle Razi sangat mempercayai nya dan tidak mahu nanti Uncle Razi mempertikaikan kerja dan komitmennya.

Ya, Z sering mengeluh apabila dia terpaksa menolak ajakan Z untuk keluar dan kadang-kadang terpaksa membatalkan temu janji mereka di saat-saat akhir. Bukan dia sengaja, tapi tugasan kerja yang menuntutnya supaya begitu. Bukan dia tidak jaga hati dan perasaan Z. Dia sering melayan Z berbicara berjam-jam di telefon setiap malam bagi melepaskan rindu.
Cuma sejak tiga bulan ini, tiada lagi suara mesra dan manja Z menyapa telinganya. Dia mengaku dia rindu. 
Walaupun tugasan di pejabat bertimbun dan kadang kala tidak memberi ruang untuknya terkenangkan kekasih hati tapi sejak kebelakangan ini, hatinya sering menuntut dia supaya terkenang dan rindukan Z.

Adakah Z merajuk dengan sikapnya? Adakah ini yang menyebabkan Z mula tidak endahkannya sehingga tiga bulan lamanya? TIGA BULAN. Mengapa selepas tiga bulan baru dia terfikirkan benda ini? Mungkin benar ini punca Z berpaling daripadanya. Bermakna Z sudah jemu dan bosan menunggunya dan membuat keputusan meninggalkan nya?

Tapi Z tidak melafazkan putus! Z Cuma minta masa untuk berfikir sedalamnya tentang hubungan mereka. Z juga tidak pernah mengucapkan dia bosan dengan S. Jadi apa sebenarnya yang terjadi kepada hubungan mereka? S bingung dan mula mengambil serius perkara ini. Jika dulu dia melayan perkara ini sambil lewa tapi bila hati menuntut jawapan, dia mula sedar akan kesilapannya.


<3    Hari minggu berkunjung juga seperti biasa. Pagi-pagi lagi S sudah menelefon Z. Dia nekad ingin membetulkan kesilapannya. Sekali cubaan tidak berjaya.Kali kedua tetap sama. S mencuba lagi kali ketiga.

“Helo.” Suara malas Z menyapa. Walaupun begitu S tetap tersenyum kerana Z sudi menjawab panggilannya.

“Hai, Assalamualaikum Z. Z sihat? Ada mana sekarang?”

“ermm, nak apa call pagi-pagi ni?” Z menjawab perlahan dengan suara yang menyampah dan bosan. S terasa hati. Tapi disenyum kan juga bibir walaupun Z takkan mampu melihatnya  ketika itu.

“S nak ajak Z tengok wayang hari ni, jom nak? S dah siap beli tiket ni.” S membuat suara ceria.

“Pukul berapa?”

“4 petang. Lepas tu boleh kita dinner sama-sama sekali.”

“Tengok lah macam mana nanti.” Klik. Talian terputus. Bukan, sengaja diputuskan oleh Z. S tergamam sebentar dan mengeluh.

Akhirnya petang itu S keluar tengok wayang dengan kawan sekampusnya dulu yang kebetulan mengajak keluar hujung minggu itu. Setelah habis tengok wayang, mereka melepak di Secret Recipe menikmati makan malam sambil berbual rancak tentang kehidupan masing-masing.

Tiba-tiba matanya menangkap figura sepasang kekasih yang kelihatan sangat bahagia sedang berjalan melewati restoran tempat dia makan. Pasangan itu ketawa dan tersenyum bahagia sambil menikmati aiskrim yang dikongsi bersama.Si perempuan memakai skrit yang sangat pendek dengan kasut tumit tingginya dan 

si jejaka itu…ahh, dia kenal benar dengan susuk itu. Z!

Terkejut S bukan kepalang melihatkan situasi itu hingga jantungnya rasa bagai sunyi tidak berdengup dengan telinga yang tiba-tiba jadi bingit dan menyeksakan. Lambat-lambat, hatinya mula sedar apa yang sebenarnya berlaku. Hati tiba-tiba mengeluh sambil bermonolog,

 ‘So,that is it.It is over.’


<3     Hari-hari berlalu dengan sangat lambat dan membosankan bagi S. Selepas sedar yang Z memang betul-betul meninggalkannya, baru dia terasa betapa pedihnya putus cinta. Sehinggalah suatu hari mama S menyuarakan hasratnya,

“mama dah buat keputusan.Mama nak kahwinkan S dengan calon pilihan mama. Mama tak nak tengok dah S terkenangkan Z yang jelas tak mampu menjadi teman hidup yang baik untuk S. Lepas kahwin, S mesti lupakan Z dan sepenuh hati cintakan suami S.”

Terkejut S sambil menatap wajah mamanya bagai inginkan kepastian bahawa mamanya tak bergurau. Melihat wajah lembut dan penuh kasih bercampur kerisauan milik mama membuatkan hati S terus jadi lembut dan pasrah saja.

“S ikut je mama.” Sambil tersenyum menyejukkan hati mamanya.



<3   Seketika S tergamam melihat bakal suaminya, A yang akan diijabkabulkan dengannya hanya beberapa minit lagi. A tersenyum sedikit apabila terpandangkan S yang sedang menilik dirinya.

Senyumannya menawan, wajahnya yang bersih bagai bercahaya, tubuh tegapnya nampak yakin melangkah mengambil tempat di hadapan papa S dan ustaz yang mengetuai majlis akad nikahnya.

Jantung S berdengup kencang dan tak lepas melihat A walaupun hanya terpandangkan tubuh belakang si suami yang duduk di hadapannya menghadap papa.

Akad dilafaz, perkataan ‘Sah’ muncul dari bibir saksi-saksi, doa dibacakan, tanda tangan diturunkan. A mengambil tempat menunaikan solat sunat. Hati S runtun sayu entah kenapa.

Menitis air mata nya yang pantas diseka oleh mama yang setia di sisinya.

“ you are a wife now.” Kata mama lembut seperti biasa.

“I know, and I’m kind of love it.” Balasnya sambil mencium pipi mamanya.


A mendekatinya untuk menyarungkan cincin. Sanak saudara mula mendekat ingin menyaksikan upacara itu.
 Cincin disarung.Tangan dikucup. Dahi disentuh bibir si suami. Mata bertentangan menghantar perasaan kasih yang mula terbit.

“Thank you for accepting me as your life journey partner. I promise to love you every single day you spend with me.” Si suami tersenyum dan mengucup lagi dahi S.

S mengukir senyum seikhlasnya. Seikhlas hatinya menerima A. 
Laser kamera mula bercahaya disini sana. Seperti bercahayanya perasaan S kini. Tidak langsung dia sangka, dia akan jatuh cinta sekali lagi di hari pernikahannya dan perasaan itu jauh lebih indah berbanding berpacaran dengan Z dulu.


Selesai akad nikah. S tersenyum lebar.Bahagia. Si suami tersenyum merenung si isteri yang kelihatan bahagia. Pinggang dirangkul. Klik! Gambar dirakam dari jauh oleh photographer.

-FULLSTOP-

gambaran watak A oleh penulis

watak S dalam gambaran penulis

Theme : cinta sejati yang Allah tentukan adalah yang terbaik dan terindah. Maka, cinta sedemikian takkan hadir dengan cara yang haram. Bercouple adalah haram ye sahabat-sahabat sekalian. Patiently wait,because your Mr.Right are also waiting the time to meet you. It just about Allah’s will.

:’)  enjoy reading okay?

AainaaSofea, march 27, 1.59 am




Comments