jaga pemakanan anda !
Entri kali ni nak share
tentang kepentingan menjaga pemakanan yang baik setiap hari sepanjang hayat
kita!
Haa kan dah tanda seru
keluar tu. Sebenarnya nak marah diri sendiri ni sebab lalai menjaga kesihatan
diri sendiri.
Nak dijadikan punca kepada
kesedaran ini adalah kisah yang terjadi sem lepas, sehari sebelum I ambik
paper final Business Research Method (BRM).
Hari ahad tu seharian tak
makan sebab tidur lewat dan bangun pun lewat sebab study lah kononnya kan.
Biasalah kalau dah musim exam ni apa pun tak menentu.Makan pun cuma biskut
kering je. Dalam hati niat dah malas nak turun pegi cari nasik sebab boleh lah
berjimat sikit.
Hari Isnin pagi tu pulak
tiba-tiba pening yang teramat sangat. Bilik ni rasa berpusing-pusing dengan
hebatnya. Terus ambil keptusan untuk baring dan bertenang. Tapi semakin pening
dan mula rasa nak muntah. Ku gagahi diri untuk bangun dan pegi mandi, mana tahu
boleh hilang kena air sejuk pagi-pagi tu.
Selalunya mandi dah zohor! Dah lepas mandi, peluh mula keluar membasahi
dahi dan tengkuk sampai rasa kesejukan.
“Ishh tak boleh jadi ni.
Aku kena makan sesuatu.” Perlahan-lahan bangun sarung baju & tudung
mana-mana yang sempat, terus turun kafe cari nasi walaupun masa tu baru pukul
11 pagi.
Dah makan sikit sesuap dua
rasa pening lagi. Phone bunyi. Message masuk.
mama!
Mcm tahu2 je anaknya
tengah sakit. Terus tanya mama ape nak buat dah pening tak boleh hilang ni.
Mama tegur la sebab tak makan jadi mcm ni. Mama suruh letak minyak, minum air
kosong (kalau ada jus lemon lagi baik) & tarik nafas panjang dan hembus perlahan-lahan. It work! Rasa nak
muntah hilang sikit demi sikit. Mama kata perut dah masuk angin sebab tu rasa
nak vomit! After that pegi toilet, haa ambik kau terkeluar segala
isi di dalam perut! (bukan isi perut je,itu dah macam accident je) After that
baru lah lega.
Lepas je dari hari tu,
terus jaga makan dengan baik dan sejak itu jugak I believe and follow this
quote :
“Breakfast like king,
Lunch like prince, Dine like pauper.”
Based on my reading, Daniel Herman yang merupakan seorang pakar pemakanan kata, seseorang yg cuba nak kurangkan berat badan pun boleh guna cara pemakanan ikut quote ni sebab ia merujuk kepada keseluruhan hidangan tu. Contohnya, breakfast mesti yang berat2 dari segi kuantitinya, dan juga kalorinya sebab kita perlukan tenaga sepanjang hari kan. Kalau skip breakfast atau tukar jadi 'Breakfast like a pauper' nanti kita akan mudah rasa lapar sepanjang hari dan bukannya pada waktu yang sepatutnya makan sahaja dan juga boleh results in mood swings! (oh i hate mood swings!)
baca-baca kat sini for the complete details :
![]() |
| the picture says it well :') |
during that time memang rasa menyesal sgt2 sebab abaikan cara pemakanan yg baik tapi like what my lecturer once said,
"Whether it is bad experience or good one, that is called LEARNING.Without learning, you gain nothing."
yeah, i agree with that now. Totally ! hehe :')

kena juga makan walaupun sedikit..yang penting jgn sampai perut kosong..takut angin pulak yang masuk dalam perut...
ReplyDelete