rezeki di hari Jumaat yang indah

Hai Hai Haiii :'D

well, tengok tajuk pun dah tahu I am in a good mood kan.haha
sebenarnya tadi petang, ada org bermurah hati belanja i makan pasembor kat Padang Brown, Penang! 

jeng jeng jeng ! kenapa tiba-tiba ada org belanja ni? well sebab dua org jejaka bertuah ini telah mengingkari janji mereka untuk join makan-makan yang eventnya dirancang oleh i haritu. so, sebagai tanda mintak maaf diorang belanja i makan.

wink wink  (*_^) 

Padang Brown ni mcm food court terbuka yang terletak betul-betul tepi jalan yg memang padat traffic jam nya kalau waktu-waktu puncak seperti habis office hour. dan kami yg memang jarang-2 keluar dari sekitar USM ni memang buta direction lah. asyik sesat je. hahaha dan last sekali terpaksa jugak guna kepakaran google map untuk dapatkan direction sebab memang susah nak cari "padang brown" kalau search terus dari navigator apps. Kalau korang nak pegi padang brown ni boleh guna link yang disertakan bagi memudahkan perjalanan. 

https://maps.google.com.my/maps/ms?ie=UTF8&t=h&vpsrc=6&oe=UTF8&msa=0&msid=204599671391327271000.0004b453699d999af617b

dannn ini lah dia haa pasembor yg kami makannnn !

banyak gila! mamat dua org tu punya keje lah :p


'Ghani Pasembor' kami order pasembor kat sini lah.memang lapar tengok kan?!

 
 ada banyak kedai makan lain. Steamboat, Tomyam, Sotong Kangkung, Popiah dan bermacam-macam lagi! tapi sebab memang mind set dah plan nak makan pasembor,memang i penuhkan perut dengan pasembor jelaaaa. (tengah menaip ni pun duk sendawa pasembor lagi.)

seronok petang ni, dapat jelajah tempat baru. walaupun sesat tapi bila perut kenyang,apa pun okay.haha tambah-tambah makan free! weeee~~~

#nie lah dua jejaka yang bermurah hati belanja pasembor Padang Brown harini. yang gadis bertudung pink tu join sekali tadi. tapi sorang lagi si putih mcm anak cina tu balik rumah pulak minggu ni tak dapat turut serta. Mesti dia jeles kalau dapat tahu nie. ekekeke!


kawan-kawan pencipta memory sepanjang berada bergelar mahasiswa insyaAllah :')
haa, sekian sahaja celoteh saya pada kali ini. harap korang terliur tengok pasembor tu! hehehe ^_^

lots of love,
aainaasofea <3

#short story ke-4 masih dalam pembikinan.can't wait to publish it! 
 

Comments