CUBA lah bangkit :)

assalamualaikum , hye :)

korang sihat? saya sihat, Alhamdulillah :)
mak ayah,family semua sihat? boyfriend?girlfriend? macam mana pulak? hehe..

ramai antara youngsters sekarang berpasangan kan? dan ramai jugak yang menganggap pasangan diorang tu lah segalanya! kira macam level ke-2 terpenting lah dalam hidup ni selepas family kan? ermmm, selalunya perempuan lah yg macam tu. Emosi lebih kann.. Tapi lelaki pun apa kurangnya. Dah banyak saya jumpa lelaki yang terlebih emosi dalam perhubungan.  hekhek! 

Tapi bila berpasangan pada usia muda ni, selalunya lepas satu jangka masa, mesti akan berpisah kan? (memang tak dinafikan ada yang berkekalan kan)
 So, yg berpisah tu, kadang-2 ada yg terlebih emosional sampai berlarutan rasa kecewa dan sedihnya.

ermm, saya bukan lah expert sbb pengalaman pun tak ada, tapi nasihat saya lepaskan lah si dia daripada hati korang tu. Si dia yang pergi tu dah tertulis bukan yg terbaik utk korang. Kalau dia juga yg korang jumpa lepas korang lepaskan, itu barulah namanya JODOH :D

Life must go on. Walaupun teramat lah cliche words tu tapi itulah realiti hidup. Saya tak galakkan korang ingat kejahatan si dia kat korang TAPI kalau dengan cara itu korang boleh lepaskan si dia, then carry on :)

Yes, bagi nasihat memang lah amat mudah. Kalau benda jadi kat saya pun belum tentu saya dpt handle kan. Tapi, at least kita CUBA untuk bangkit dari kesedihan semalam. Hidup ni kan satu PERJUDIAN. Semua benda dalam hidup ni perlukan kita supaya cuba. 

Macam study jugak. Kita confirm ke yg kita boleh bawak course yg kita ambik tu? Tapi kita cuba kan? Berbekalkan pegangan kita sendiri. 

Kes hati ni memang rumit. Kadang-2 sampai ada persoalan yg kita sendiri tak mampu jawab. Tapi kita tak perlu risau, tak perlu runsing. 
sebab apa?

yessss, sebab kita hanya makhluk ciptaan. dan PENCIPTA kita dah aturkan segalanya untuk kita! Kita hanya perlu ikut perintahNya, jauhi laranganNya, yg lain kita serahkan saje kepadaNya. 

Kuatkan semangat! yg penting, jangan simpan sorang-2. Kita ada terlalu ramai orang yg prihatin & sayangkan kita di sekeliling kita ni, kan "sharing is caring" ....
kalau tak ada jugak,Ingat. kita sentiasa ada ALLAH bersama kita.. 

-love, aainaasofea- ^_^

Comments