STORY ONE -si jejaka dan si gadis-
<3 “aku suka kau.”
Si gadis tergamam mendengar kata-kata si jejaka.
Perlahan-lahan dengan suara yang hampir tidak kedengaran,
“kau ni apehal? Haha” dengan ketawa yang jelas dibuat-buat.
“wey, aku serius ni. Aku suka kau. Aku tahu kau pun suka
aku. That one, don’t deny!”
si jejaka melangkah menghadap si gadis. Memaksa si
gadis melihatnya walaupun si gadis tetap menundukkan kepala.
“Si gadis! Kau kat sini rupanya.” Si kawan meyapa tanpa tahu
apa yang sedang berlaku.
“aku tunggu kau lah, jom.” Si gadis segera melangkah
mendapatkan si kawan sambil berlalu pergi meninggalkan si jejaka tanpa pamitan.
“bye si jejaka!” sapa si kawan.
<3 Setahun yang lalu,
“aku suka sangat tengok si jejaka tu. Simple and smart!
Asset paling smart, rambut spike dia tu!”
si gadis yang sedang duduk makan di
suatu sudut bersama si dua kawan memerhati si jejaka dari jauh. Si jejaka juga
sedang menikmati makan di suatu sudut yg lain bersama kengkawannya.
“kau suka-suka tapi tak confess pun tak guna lah kawan.”
Kata si kawan sambil turut menoleh melihat si jejaka.
“nak buat apa confess? Suka-suka macam ni lagi lah sweet.
Baru lah the real inspiration namanya. Kalau dah confess kena reject tak ke
malu? Aku ni bukan cun macam korang.”
“itu kalau dia reject, kalau dia suka jugak?”
“impossible lah kawan. Aku kan H.O.D.O.H"
“cehh! Jangan nak over merendah diri la si gadis! Kau tu
intelligent, high confident level.itu semua lagi menonjol dari rupa paras okay?
Come on lah, jangan cakap kau berfikiran kolot lagi macam lah cantik buruk tu
soal penting dalam jodoh.”
“haha, apa jodoh-jodoh pulak? Mengarut. Dah jom!” si gadis
kemudiannya bangun dan mula melangkah keluar dari kafe diikuti kawan-kawannya.
Si jejaka yang duduk di suatu sudut mengalihkan pandangan
apabila melihat si gadis dan kawan-kawannya bergerak meniggalkan kafe.
Pndangannya menghantar si gadis hingga tidak kelihatan lagi. Mulut dalam diam
mengukirkan senyuman sambil membetulkan cermin mata berbingkai old-skool nya.
<3 “Si gadis! Tunggu kejap!” si jejaka berlari mengejar
mendapatkan si gadis.
Si gadis yang mendengar namanya di panggil segera menoleh.
“kau kenapa lari dari aku haa?” soal si jejaka dengan suara
yang masih tercungap-cungap.
“mana pulak aku lari. Kau yang lari tadi kan?ni dah
tercungap-cungap.” Si gadis membuat lawak bodoh.
Si jejaka tersenyum mendengar
celoteh si gadis yang dia tahu sangat suka bercakap. Kalau tidak tak mungkin
satu kuliah mengenali si gadis ini. Semua rakan sekuliah sudah maklum akan
sikap banyak mulut si gadis.
“jom teman aku minum jap? Dahaga wey lari tadi.” Pancing si
jejaka yang memang memerlukan saat berdua dengan si gadis.
“aku nak balik lah, kelas dari pagi tadi, penat dah
nie.tahu?” di gadis mengelak walaupun hati sudah rindu kerana sudah seminggu
melarikan diri daripada terserempak dengan si jejaka.
Masakan tidak? Si jejaka
pujaan hati meluahkan perasaan kepadanya. Haha, macam bulan jatuh ke riba! Tapi
kalau berangan jangan terlampau jauh dan tinggi, nanti jatuh sakit. Kerana itu
dia melarikan diri.
“aku hantar jap lagi. Aku bawak kete hari ni, abang aku kasi
pinjam. Jom lah, please.”
“next time okay?”
“ kau nak aku melutut ke apa? Ke kau nak aku buat request
kat paper campus? Aku kan orang kuat dalam production surat khabar universiti?"
“apa kau merepek nie? Bajet betul lah, nak tunjuk hebat kat
aku pulak.”
“ke kau nak aku aku buat status kat facebook group course
kita tu?”
Si gadis ketawa mendengar idea tak berapa siuman dan kurang
cerdik si jejaka.
“atau kau nak aku suruh lecturer tolong tanyakan masa
class?esok? aku suruh Dr.X tanyakan. okay?”
Si gadis ketawa lagi sambil mengelengkan kepala.
“dah-dah lah mengarut si jejaka. Aku nak balik ni, bus dah
sampai tu. Bye-bye!” si gadis terus berlalu pergi sambil tersenyum. Macam
mimpi, ye macam mimpi,tapi dia sendiri tidak tahu kenapa dia dengan kuatnya
menolak ajakan si jejaka. Mungkin dia memang orangnya pandai menyimpan rahsia
hati.
<3 “okay class, before we begin our class for today, I
have a favour to do.” Suara Dr.X terdengar bergema di dalam dewan kuliah yang
besar itu.
Kelihatan semua student mula memberi fokus kepada percakapan Dr.X
yang sedang menyangkut microphone di bajunya.
“where is si gadis?” Dr.X mula melilaukan mata kepada semua
student di hadapannya.
Si gadis yang mendengar menjadi seram sejuk serta merta.
Dalam otak berputar ligat mencari teka apa yang bakal dikatakan oleh Dr.X. tapi
akal yang waras mendorongnya mengangkat tangan apabila melihat Dr.X masih
mencari.
“si gadis, will you say okay if si jejaka asking you for a
date?”
di saat kata-kata itu keluar dari mulut Dr.X, keadaan dewan kuliah
menjadi hingar bingar . semua student memandang ke arah si jejaka dan si gadis
silih berganti sambil bercakap-cakap.
Si jejaka yang turut ada di dalam dewan kuliah itu mula
tersengih apabila rakan-rakan mula mengusik dan ketawa dengan perbuatan gilanya
itu. Dr.X mula tersenyum melihat keadaan si gadis yang pucat tak berdarah
dengan sengihan si jejaka yang hanya mampu mengurut tengkuk dan sesekali
melihat si gadis di seberang sana.
“silent class, let’s hear the answer from si gadis.”
Dr.X
memberi arahan dengan senyuman yang masih tidak lekang.
Si gadis mula berbahang malu dengan rasa yang seperti tidak
sanggup memandang ke depan dengan semua mata tertumpu kepadanya. Dengan
keberanian yang tinggal sisa, dia cuba berlagak biasa sambil menjawab,
“yeah, sure. Why not?” dengan suara yang cuba ditahan
ketarnya.
Si jejaka yang mendengar tersenyum simpul dan seluruh dewan mula riuh
semula. Si gadis memendam rasa yang berbagai.
Bila disoal si kawan dia cuma berlagak
biasa dan berkata,
“dia saja nak main-main dengan aku tu.”
<3 “apa yang kau
cuba buat sebenarnya?” soal si gadis petang itu apabila mereka bertemu.
“we’re not done yet kan? Aku cakap aku suka kau.”
“really? Of what factors?”
“fallin in love perlukan factors ke? Come on my dear.”
“let me guess. Sebab kau tahu aku suka kan kau?”
“see? Kau dah admit. Kau memang suka aku.” Si jejaka
tersenyum menang.
“memang aku suka kan kau. Tapi that is it. suka tak bermakna
sayang, tak bermakna cinta or anything heavy and complicated. Aku just suka kau
sebab fizikal kau je. Kau smart, aku suka. Kau pakai glasses, aku suka.kau
pandai match clothing kau, aku suka. That’s it.”
“ itu dah cukup bagi aku.”
“tak, tak cukup semua tu. Kalau nak build in relationship,
bukan suka yang kita perlu. Physical things semua akan fade kan? Let say, Kalau
kau gemuk sekarang,maybe aku tak pandang pun kau. walau smart macam mana pun
tapi aku tak pandang. Semua tu sebab aku suka kau physically je. Kau faham tak
apa yang aku cuba sampaikan?”
“tapi aku suka kau internally. Kau memang suka aku kan? So
lepas kita bersama,mesti kau pun boleh sayang aku internally jugak.”
“tak, kau tak faham. Aku tak tahu macam mana nak bagi kau
faham. Just that, balik ni kau fikir balik apa yang aku cakap. Kalau aku turn
on jadi macam bukan aku hari ni, kau akan menyesal dengan apa yang kau cakap
hari ni. Lagipun sampai bila aku nak bersama kau kalau aku cuma suka kan luaran
kau je? Just, lupakan je. Aku pun akan lupakan. Thanks sebab buat kejutan pagi
tadi.Aku balik dulu.”
Si gadis mula melangkah meninggalkan si jejaka yang jelas
tidak puas hati dengan jawapan si gadis.
<3 si gadis melangkah longlai menuju ke tepi pantai
sambil mencari port yang sesuai untuknya melayan perasaan. Angin bertiup tenang
dengan bunyi ombak yang tidak jemu menyapa pantai menenangkan hati si gadis
yang sedang bergelora dan gundah.
‘aku suka kau internally.’
Kata-kata si jejaka menyapanya.
Sebuah keluhan terbit dari bibir si gadis.
Setahun menjadikan si jejaka sebagai inspirasi. Hati mana
yang tak jatuh sayang? tapi si gadis menolak kenyataan hati yang menyatakan
sayang kerana dia selalu mengingatkan diri bahawa kali pertama terpandangkan si
jejaka, dia tertarik dengan gaya dan rupa si jejaka. Lalu, dijadikan sempadan
di antara rasa suka dan sayang yang terbit dalam hatinya.
Kemudian si jejaka
datang menghulurkan salam kasih yang tak pernah sekali terlintas dalam fikiran.
Sebagai seorang yang pandai menyimpan rasa hati, tak mungkin dia tewas dengan
permainan cinta yang palsu. Dia
sememangnya was-was dengan pengakuan si jejaka.
‘mana ada kisah cinta yang kita suka dia, tiba-tiba boleh
pulak dia pun suka kita? Tak real langsung!’ hati si gadis membentak.
Telefon bimbit si gadis berdering minta diangkat. Si kawan
menelefon. Dia biarkan tidak berangkat. Pasti si kawan risau akan dirinya yang
menghilang tiba-tiba.
Tiba-tiba ada air hangat yang mengalir di pipi gebu si
gadis. Dia tidak tahu kenapa dia menangis. Mungkin kerana sedar yang selepas
ini dia perlu melepaskan si inspirasi nya. Mugkin kerana sedar yang mungkin si
jejaka sudah membenci dirinya yang menolak mentah-mentah si jejaka. atau
mungkin menangis sedih kerana hilang cinta hatinya oleh kerana rahsia hati yang
terlalu dipendam!
“janganlah nangis, aku kan ada kat sini.” Satu suara
berbisik dekat di telinganya. Si gadis segera berpaling ke kanannya dan
senyuman manis si jejaka menanti pandangannya.
“kau buat apa kat sini?” tanya si gadis sambil airmata tetap
mengalir.
“temankan kekasih hati aku. Mana boleh bagi kau nangis
sorang-sorang bila aku langsung tak ada niat nak tinggalkan kau.”
Si gadis terdiam. Tak tahu apa yang perlu dikatakan. Si
jejaka memandang sekilas si gadis kemudian matanya dihala semula ke laut yang
terbentang luas di hadapan mata.
“ aku tahu kau suka aku bukan setakat physical je. Dan aku
jugak sedar hati aku bukan sayang kau sebab apa yang aku nampak.tapi apa yang
aku rasa. Aku tak cakap yang aku pasti akan bersama kau sampai bila-bila. Tapi
aku boleh janji yang aku akan cuba pastikan hanya kau yang aku sayang deeply,
madly, strongly, forever. Aku tahu kau pandai simpan rahsia hati kau. Tapi
kalau apa yang kau simpan tu melibatkan aku, aku boleh rasa tau.so don’t hide." si jejaka tersenyum
sambil cuba mengusik si gadis.
“tapi kau dengan aku, lain wey. Kita macam tak sesuai je.
Lagipun kita kan member. Apa pulak bebudak lain cakap nanti?” si gadis terus
cuba berdalih walapun rahsia hati telah terbongkar.
“bebudak lain? Semua sokong kita bersama tau. Si kering, si
lambat, si cuai, si baik, si cantik, si sewel, sapa lagi bebudak kita? Semua
sokong tahu! Yang paling kuat sokong, si kawan tu. Best friend kau tu lah.”
“ yeke ? tapi aku lagi suka stalking kau macam dulu. Instead
of couple bagai nie. Macam geli je.”
“stalk je lah! Aku tak larang pun. Aku lagi suka. FYI,
selama ni kau stalk aku pun, memang aku perasan. Saja cover macho buat-buat tak
tahu. Dan satu lagi, aku tak minta kita couple.aku pun kurang setuju jugak
concept couple ni. Just, kau tu special untuk aku. Bukan girlfriend, bukan
kawan. Tapi the special one. My makmum
to-be? How about that?"
Si gadis tertunduk malu. Si jejaka sudah tersenyum simpul.
Tahu yang si gadis sudah mengiakan rasa hati.
“aku suka kau.” Kemudiannya si gadis bersuara.
“aku pun suka kau.deeply,madly,strongly, forever! ”
Si gadis turut tersenyum dan ketawa kecil mendengar si
jejaka berkata.
“jom aku hantar kau balik. gila betul si jantung hati aku ni
pergi pantai sorang-sorang malam pulak tu.” Kata si jejaka sambil menarik si
gadis bangun.
Si gadis hanya ketawa.
“ Ni mana tahu aku ada kat sini haa?” si jejaka hanya
tersenyum sambil menunjuk ke arah kereta di belakang mereka.
Melambai-lambai si kawan yang nampak si gadis menoleh ke
arahnya. Si gadis melopong melihat kawannya ada di situ bersama dan menyaksikan
drama swasta olehnya dengan si jejaka.
“malunya aku!” si gadis bersuara disambut ketawa si jejaka.
Si gadis dan jejaka melangkah mendapatkan si kawan yang
tersengih mengusik mereka.
“congrates! aku happy untuk korang!” si kawan berkata sambil
memeluk si gadis.
*********************************************************************************
AainaaSofea
5 March 2013
12.20 am
~~just a piece of my own thinking. ideas come out when taking a bus back to Ipoh last month. haha, enjoy reading okay :') highly appreciated if you can drop some comment and critic on this...hihiii


Comments
Post a Comment